Monday, October 8, 2012

Menonton konsert nasyid

Salam nasyid,

Pada malam minggu lepas, Pida dan keluarga telah menyaksikan konsert nasyid di sebuah institut perguruan. ---> Skema giler mukadimah entry kali ini.


Budak-budak nasyid ni majoritinya adalah graduan universiti atau pelajar IPT. Ada pelajar perubatan, perguruan, syariah dan ada yang bekerja sebagai profesional. Elok la macam tu, jadi artis biar yang berpendidikan. Barulah orang kata artis nasyid ada kelas.


Persembahan pembukaan dimulakan oleh Suhaimi iaitu bekas penyanyi kumpulan In-Team. Iaitu suami Ina Naim. Dia siap tanya penonton, kenal Ina Naim? Pida jawab, "Kenal..."

Pada malam tersebut Suhaimi telah memperdengarkan single terbarunya Tolong Ampunkan yang menampilkan (featuring) Amir Kaslam. Sedap sangat lagu ni. Cuba kau carik kat Youtube.

Nyanyian seterusnya adalah daripada kumpulan Damai. Bagus persembahan diorang. Suara sedap, harmoni pun sangat sedap. Pida memang salute habis kalau kumpulan tu pandai buat harmoni. Macam Boyz II Men harmoni diorang.

Kumpulan Damai yang bernaung di bawah Damai Event Entertainment ini adalah penaja bagi sistem PA dan lighting bagi konsert ini. Kenapa Pida bagitau kat kau pasal sistem PA? Sebab semasa mula-mula Pida dengar suara dan lagu, Pida dah boleh rasa ini bukan calang-calang sistem PA. Mesti sistem PA yang pro punya ni. Bukan yang macam perhimpunan sekolah atau balai raya kampung kau guna tu. Yang ini memang untuk konsert punya.


Menyanyi sambil bermain gitar seperti Najwa Latif.


Artis seterusnya ialah kumpulan Devotees. Kumpulan ni pun best. Suara sedap. Persembahan mantap. Siap buat kelakar lagi. Memang tak boring la persembahan Devotees ni.


Penyanyi Devotees yang ketiga dari kiri tu merupakan pembaca berita TV Al-Hijrah.


Persembahan diteruskan dengan penampilan kumpulan Hilwan. Sama jugak, suara diorang memang sedap dan persembahan diorang menarik. Penonton tak bosan dan tak mengantuk pun kecuali Rania yang dah mula terlentok di riba abahnya.


Untuk mencukupkan anggota yang tiada, maka Hilwan mengimport anggota Devotees bagi mencukupkan korum. Eh, boleh main import-import ye?


Ini adalah kumpulan nasyid Rijani Faizi. Mereka terdiri daripada penuntut-penuntut institut perguruan ini.


Kumpulan UNIC meneruskan persembahan pada konsert tersebut. Sebagai kumpulan nasyid yang berpengalaman luas, persembahan mereka juga sangat mantap dan sangat menghiburkan.


Semasa zaman Pida student di UPM tahun 2002 dulu, Pida pernah menyaksikan persembahan UNIC bersama kumpulan-kumpulan lain ketika itu iaitu Rabbani, Hijjaz dan In-Team. Masa tu UNIC masih dengan anggota lama dan asal termasuklah si Fitri tu.


Kau jangan anggap Pida ni pengikut hard core nasyid. Pida suka tahap biasa-biasa saja. Pida bukanlah pendengar Ikim FM. Pida dengar Asyik FM Moi Num Moi. Sesekali layan lagu-lagu orang asli yang berentak sewang tu best jugak. Tapi lagu nasyid sekarang dah sedap sebab mengikut citarasa kontemporari.


Selepas habis UNIC mendendangkan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu, Aqil dah buat hal. Dia dah merengek-rengek nak balik sebab mengantuk. Pida suruh dia tunggu sekejap lagi tapi dia tak nak. Pida dah geram ni. Last-last Pida keluar jugak dari dewan sebab Sufi pun dah menjerit dalam dewan nak keluar.

So, Pida tak dapat nak ceritakan kat kau apa penghabisan konsert nasyid malam tu. Takpelah biar Pida buat cerita bohong.

Selepas itu kami pun menang tiket cabutan bertuah dan hadiah yang kami terima ialah pakej percutian ke Maldives selama sebulan setengah.

Emm... baru tengok nasyid dah berani menipu. Hik hik.

3 comments:

  1. bagi uncle mic tu... tengok uncle nyanyi pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, uncle ambik mic ni. Saya pegi ambik payung ye ;P

      Delete
  2. saya yg belajar kt sini pun xsempt nk g tgk konsert tu :(

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...