Monday, September 29, 2014

Manjakani penawar eczema

Salam manjakani,

Beberapa minggu selepas Baby Muhaimin dilahirkan, Pida dapati ada tanda-tanda eczema di pipi gebuzznya itu.

Mula-mula sikit, lama-lama jadi bukit. Tapi syukurlah sebab ruam ini hanya kena di pipi saja. Kalau tak, kesian anak aku.

Untuk merawat ruam eczema ini, Pida menggunakan krim Ezerra yang macam Pida sapukan pada Sufi dulu. Tapi kali ini Pida bertukar kepada Ezerra Plus.


Krim Ezerra Plus ini boleh didapati dengan mudah di klinik atau farmasi. Kalau tanya dengan kakak jual kuih bahulu pun dia akan suruh kau dapatkan di klinik takpun farmasi. Harganya RM35. 


Krim Ezerra Plus tu bagus juga untuk mengurangkan eczema walaupun tidak sembuh sepenuhnya. At least ia meredakan ruam-ruam di pipi tu daripada terus membiak. Tengok tu, nampak eczema di pipi Muhaimin kan?

Pada suatu hari, (dah masuk cerita lain pulak dah) Pida beli pil jamu manjakani. Tujuannya adalah untuk menyambung pengambilan jamu selepas habis berpantang. Pida nak memastikan tubuh badan Pida betul-betul sihat dan bertenaga sebelum naik kerja.


Pil manjakani asli ni memang benar-benar asli katanya. Tiada campuran herba dan bahan lain selain manjakani seorang sahaja. Diambil 2 biji setiap malam sebelum tidur.

Yang bestnya dan yang Pida tak sangka, pil manjakani ini rupanya berupaya menyembuhkan eczema. Pida dapati selepas dua hari mengambil pil ini (bersamaan 4 biji), eczema di pipi Muhaimin telah sembuh dan hilang.

Pida bersyukur dan gembira dengan kesan positif ini. Walaupun Muhaimin hanya mendapat khasiat manjakani daripada susu badan sahaja, namun kesan penyembuhan ke atas eczemanya amat menakjubkan!

Terbuktilah bahawa tumbuh-tumbuhan herba warisan nenek moyang kita sememangnya mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi. Sudahlah semulajadi, berkesan dan selamat pula tu. Gerenti tiada bahan kimia yang memudaratkan.


Pipi kembali gebuzz.

3 comments:

  1. salam puan
    saya minta maaf jika komen ini tidak sesuai di sini. Saya ingin bertanya puan masih ada lagi koleksi tidurlah intan terbitan DBP? Jika puan berminat untuk menjual, saya ingin membelinya. Saya sedang mencari koleksi tersebut dan juga siri Ceritalah Lagi.
    Terima kasih puan. Saya ingin email, tapi tak jumpa email puan. Email saya velvet224@gmail.com

    Hamizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamizah, dulu masa kecik-kecik memang saya rajin beli Tidurlah Intan, tapi tak cukup koleksi. Yang ada tu punntah di mana sekarang hahaha.

      Terima kasih :)

      Delete
  2. pida..beli kat mana pil manjakani tu..
    kakmas yongpeng
    masriah@propel.uemnet.com

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...