Thursday, May 3, 2012

Majlis Aqiqah Aida Sofia

Salam aqiqah,

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis aqiqah Aida Sofia yang berumur 3 bulan. Kalau kau nak tau, Aida Sofia ialah anak sedara Pida iaitu adik Razin.

Majlis telah selamat diimplementasikan di rumah mak Pida. Hahaha mesti kau tersenget-senget mulut mencebik bila Pida tulis cemtu kan? Sebenarnya Pida pun meluat jugak kat diri sendiri sebab tulis bahasa bombastik walhal langsung tak masuk konteks ayat.

Oklah, Pida tulis balik. Majlis telah selamat diresepsikan di rumah mak Pida. Hahaha kena lagi!


PIDAAAAA!!!!! DUSH DUSH DUSH

Adoi. Sakit la bodo.



***Pagi sebelum majlis***


Pembahagian tugas telah dirangka sejak mama Sofia mula dimasukkan ke labour room lagi. Babah Sofia sebagai tombot angkut sampah dan taik kucing, sementara anak-anak Pida ditugaskan untuk bermain buai dan menyanyi lagu Pohon Beringin bagi menghiburkan pekerja rewang. Tugas Pida ialah menjaga gerak-geri pekerja agar mereka tidak mengular. Di tangan Pida ada kayu cemeti yang orang buat libas kuda kepang tu.




Ini adalah dua orang buruh kanak-kanak yang diimport secara pasaran gelap dari Hutan Amazon. Mereka dipercayai kuat bekerja kerana makanan asasi mereka adalah buah acai beri semata-mata. Lagipun tak payah bagi upah budak-budak ni. Mak bapak diorang bukan tau aku tangkap diorang ni sebab tengah sibuk main Solitaire. Tengok tu betapa kuatnya mereka, meja bulat itu hanya angkat berdua sahaja. Berdua lebih baik, kata salah seorang daripada mereka (yang pakai singlet. Eh, kok dedua pakai singlet).



Selepas menyusun meja, buruh kanak-kanak ini dikerah pula mengalihkan sangkar kucing lumpuh dari porch ke pasir kucing. Kelihatan kanak-kanak yang memakai singlet ada gambar kartun tu berfikir kenapakah dia perlu melakukan tugas pencacai ini. Hep!!! Cepat buat!!! Nak etet ke tak?!



Kanak-kanak yang memegang Mykid bernama Razin ini kelihatan lesu sekali setelah lebih banyak mengular daripada buat keje.


Nampaknya kanak-kanak yang dipanggil Sufi ini telah terlebih dahulu menghilangkan diri sebelum keje habis dibuat. Nampaknya juga dia sedang bersiul riang kerana pada fikirannya dia dapat melepaskan dirinya tetapi malang kerana gambarnya telah sempat ditangkap oleh jurugambar yang kebetulan juga sedang mengular. Ah, kantoi...



Langkah kanak-kanak ini tersekat kerana baru saja nak pergi dapur teguk jus acai beri, ketua rewang dah bagi dia tugas vakum keseluruhan rumah. Itu belum lagi angkut karpet yang beratur kat belakang tu bawak naik atas.


Akhirnya siap. Sedia untuk diminum. Bukan. Sedap dimakan begitu saja. Bukan juga. Ah, mana-manalah.




***Majlis Makan Tengah Hari***



Antara lauk yang dihidangkan. Labu dan kacang panjang masak lemak.



Hidangan signature orang jawa - pecel lele.



Iwak goreng a.k.a fried fish



And of course; the king of the dish of the day of you and of me... Kambing aqiqah masak merah. Dicipta sempurna oleh Mak Long Pida (Pida punya Mak Long) yang terkenal dengan kehandalannya memasak apa jua jenis masakan kecuali masakan Mediterranian (ntah-ntah masakan mediterranian pun Mak Long terrer). Masak orang pun dia boleh.

Sebenarnya banyak lagi lauk yang dihidangkan untuk dinikmati tetamu seperti ulam kacang botor dan sambal belacan, ayam goreng bersos, kuih sampai 10 jenis sampai boleh buat gerai, bubur kacang, bubur pulut hitam dan eh macam-macam ada! Tapi ada satu jenis kuih yang Pida rasa mesti kau tak kenal iaitu....


Haaa!! Sapa tau kuih apa ni? Ini ialah kuih DANGAI. Dalam bahasa jawa, ia dinamakan kuih RANGIN. Bahan utama kuih dangai ini ialah kelapa dan tepung pulut. Sedap kau kuih ni. Rasa sekali nak lagi. Kuih ni makcik Pida yang buat. Thank you Mak Siti!



Keadaan terkawal semasa makan tengah hari. Suasananya jauh lebih bersih dan tenang daripada keadaan di Dataran Merdeka.



Co-host majlis iatu nenek. Inilah nenek yang Pida ceritakan dulu tu. Di sebelah nenek adalah jejaka iras-iras rakyat Bangladesh iaitu adik bongsu Pida. Yang kecik kat belakang tengah korek telinga pastu cium tu ialah Sufi. Eh, mana buruh kanak-kanak yang dorang tu?!



***Majlis malam - kenduri tahlil dan selawat***


Tetamu majlis tidak kira kecil-besar tua-muda kerajaan-swasta merdeka-hamba mengaminkan bacaan doa oleh Tok Kadi eh silap, Tok Imam.


Jemaah berdiri membaca selawat dan marhaban.



Upacara memperkenalkan Aida Sofia kepada hadirin. Sesi suai kenal dan ice-breaking telah diimplementasikan dulu oleh Tokyi. Hahaha tak abis-abis dengan implementasi aku ni. Ketuk dengan senduk kang, terus jadi beruk.


















***Pasca majlis***


Apa kau ingat lepas habis majlis je kau boleh tido peluk bolster dan mula mimpi basah? Yang pergi biarlah pergi, yang tinggal ni kenalah kemas dulu derr...


Budak bertuah. Bapak kau penat bukan sebab mengangkat sofa tu, tapi sebab mengangkut kau berdua.


Bravo! Siap suda! Bole tido juga!



***Corat-coret majlis (The interlud)***


Cita-cita saya nak jadi penari latar, tapi mak saya mati-mati suruh jadi bomba. Saya tak suka main air, saya suka menari. Apa pendapat encik?


Emm... saya rasa sektor pertanian harus dipertingkatkan memandangkan kita terlalu banyak kebergantungan kepada negara luar. Contohnya, nak makan strawberry yang manis pun kena impoert. Apa pendapat encik?


Encik ada nombor kontek Shila Amzah tak? Saya nak apply jadi manager dia la. Apa pendapat encik? "Hoi budak kecik! Ko tu masih bergayut lagi dah berangan macam-macam. Ko jangan macam-macam la budak kecik."


Di bawah lindungan Kaabah.


Mak, Aqil buntu nak main yang mana satu. Nak gitar ke, nak gambus arab ke, nak sitar kulit ular ke atau nak ukelele.


Mak, Sufi main lagu Selamat Hari Raya. Hari Raya bila mak?


Aku dah kata jangan main jalar-jalar, kan dah jatuh. Ha main lagi main lagi.


Hello world! My name is baby Aida Sofia. I would like to say thank you to everyone of you kerana sudi memeriahkan majlis aqiqah saya. Terutama kepada Babah, Mama, Tokyi, Mamaneh, Opah, all my tías and tíos, and every one. Thank you!




Monday, April 30, 2012

Penghargaan kerana memeriahkan majlis aqiqah Sofia

Salam penghargaan,

Baca tajuk je pun dah cukup. Takyah baca yang lain-lain. Tapi kau kena baca jugak sebab penat aku nulis kau tak baca.

Pida sekeluarga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah menyerikan majlis aqiqah anak sedara Pida iaitu Sofia.

Secara khususnya, terima kasih kepada :

1)  Mak dan Ab
2)  Mak dan abah
2)  Saudara-mara yang sangat baik hati tolong rewang, masak, set up, munjung, basuh pinggan, etc etc
3)  Jiran-jiran yang sudi datang
4)  Keluarga Pida sendiri yang tak menang tangan demi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar termasuk  anak-anak Pida.

Gambor takde. Entry aqiqah on the way.

Tata.


Thursday, April 26, 2012

Tuesday, April 24, 2012

Terik mentari di Kapreza UKM 2012

Salam terik,

Pada hari Ahad baru-baru ini, Pida meluangkan masa untuk berkunjung ke Kapreza UKM 2012 di Kolej Za'ba.

Aqil wakil tadika dia masuk pertandingan Kid Talent Show. Kau jangan tak tau, Aqil ni memang talented budaknya. Kalau dia menari tu, terbeliak jugak la mata tengok bontot dia bergelek. Ntah bila masa dia belajar dengan Inul pun aku tak tau. Tau-tau dia dah pandai goyang gerudi.


Aqil dan pasukan tariannya sedang menunggu giliran untuk mempersembahkan tarian mereka. Dua minggu jalani latihan intensif. Harap-harap menang la anak aku.



Sufi tak masuk apa-apa acara sebab dia kategori bawah umur.



Si Rania pulak masuk pertandingan mewarna untuk kategori umur 7 hingga 12 tahun.


Rania dan peserta lain sedang mengaler lukisan. Masing-masing tak nak kalah, nak rebut hadiah hamper yang ditawarkan. Kau nampak tak pencil case Nia tu? Itu Pida punya masa Pida sekolah tingkatan 5 kira-kira 17 tahun yang lalu. Elok lagi sampai dapat diperturunkan kepada anak. Jimat kan Pida? Ke kedekut?



Inilah hamper yang menjadi rebutan dan dambaan peserta termasuk Rania. Ada Ribena kau!



Rania tekun mewarna lukisan kartun Oolat Oolit iaitu siri kartun 3D yang disiarkan di TV1.



Rania bergambar bersama hasil warnaannya di samping bunting OOlat OOlit sebelum dihantar kepada juri profesional. Mintak-mintak la anak aku menang.



Yes! Horee! Anak aku menang! Hoi orang kampung! Anak aku menang lawan mewarna!




Dah, dah... Kau tak payah nak mengumpat belakang aku pulak. Nia menang saguhati je. Bukan nombor satu pon. Oklah tu daripada tak menang langsung... Tapi hadiah tu cepat-cepat disambar oleh Aqil sebab dia nampak ada tanah liat. Dia tu memang suka main tanah liat. 



Paling dia suka buat siput. Gentel gentel gentel, gulung gulung gulung, jadilah siput babi. Paling tak boleh blah dia suka buat banyak-banyak pastu dia susun kat depan tv, geli aku nengok. Lepas tu datang si Sufi penyekkan satu-satu. Apa lagi, gaduhlah budak berdua tu. Gaduh bukan takat jelir-jelir lidah, tapi sampai dah guna kaki buat flying kick. Last-last dua-dua melalak lepas kena jotos dengan aku.




Selain acara Pertandingan Mewarna dan Bakat Kanak-Kanak, ada juga acara melukis graffti yang disertai oleh ramai anak muda berbakat. Serius diorang memang kreatif dan cool.



Perghhh... cool siot!



























Sementara menunggu keputusan pertandingan Aqil, kitorang beralih ke tempat kuda. Aqil nak naik kuda!


Bertuah la Aqil tu kalau dia berani naik kuda. Dia tu nampak je gangster, tapi sebenarnya penakut. Suruh naik atas ambik Muqaddam pun takut kena kejar hantu. Rania good girl. Very the brave la this girl. Pakai helmet saiz orang dewasa, tu yang nampak macam tak konfiden je. Bayaran yang dikenakan ialah RM3 seorang. Murah sangat la tu kalau nak dibandingkan dengan modal kau nak beli kuda sendiri.




"Mak, kenapa Nia rasa berdebar je naik kuda ni?" Oh, sebab abang hensem tu mengiringi kau macam puteri raja kan?



Akhirnya tibalah masanya pemenang diumumkan. Tapi pengumuman pemenang tu salah. Nama sekolah tak tele dengan nama tarian. Teacher dan parents pun terpinga-pinga jugak. Patutnya yang dapat nombor corot tu persembahan Aqil, tapi tadika lain pulak yang naik sebab nama tadika dia yang diumumkan. Aiseymen... Rugi satu hamper.


Akhirnya majlis pun selesai dan kami semua balik ke rumah. Sampai di rumah, bukak hadiah.



Inilah hadiah Rania. Satu set alat tulis yang comel. Gunting tu comel lote kan? Geram rasa nak gunting rambut sendiri je.



Ini pulak tanah liat. Kau tengok la tu, Aqil dah buat kepala kartun. Nak kata itik, macam angsa. Nak kata cipan, macam tenuk. Ah, sukati ko la Aqil.



Ini yang dah siap. Terpaksa sendengkan sebab dia tak stabil, tak boleh berdiri tegak. Apa la ko ni Aqil.




Ini pulak adalah majalah keluaran lepas yang kami dapat secara percuma. Terima kasih mahasiswa dan mahasiswi Kapreza. Korang memang hebat kerana berjaya menganjurkan acara besar cenggini.Terima kasih juga kepada penaja acara iaitu VisualXtreme Sdn. Bhd. Tahun depan jumpa lagi!




Mak, nak etet.





Monday, April 23, 2012

Aidid Mu'addib - di manakah kau?

Salam aidid muaddib,

Rasanya Pida adalah orang terakhir di planet bumi ini yang baru tahu tentang blog Aidid Muaddib yang sudah 'lesap'.

Oh, ini adalah satu kehilangan besar bagi peminat blog tersebut.

Selepas ini, tiada lagi kidungmu mengantoikan aktiviti penipuan atau scam di sebalik MLM. Percaya atau tidak, Pida banyak mendapat manfaat daripada tulisannya.

Melalui entry yang bukan calang-calang fakta ilmiahnya (ketepikan bahasa kesatnya), Pida mendapat maklumat yang sangat berguna mengenai perniagaan berteraskan MLM yang kebanyakannya hanya memperdaya prospek (sebut : mangsa) terutamanya orang Melayu demi wang.

Pida menjadi lebih berhati-hati memilih ubat atau penawar untuk mak kerana biasalah... bila sebut kanser sahaja, banyak pula produk penyembuh kanser yang wujud. Di sinilah Pida perlu berhati-hati kerana ada saja orang ambik kesempatan untuk menjual 'air ajaib penyembuh kanser' yang harganya mak datok.... kemain mahal!

Terima kasih Aidid kerana membuka mata Pida yang selama ini tertutup dengan kelicikan pengamal MLM.


♪I don't care who are
Where you're from
What you do 
As long as you come back!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...