Wednesday, February 29, 2012

Terima kasih Allah (Bhg 2)

Salam kasih,

Semalam mak Pida telah selamat menjalani rawatan kimo kali ke-4 di Hospital Pantai Ayer Keroh.

Hasil rawatan yang konsisten dan dengan izin Allah jua, bacaan CA Marker mak telah menurun dari 488 kepada 148. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Doktor yang merawat mak pun gembira dengan perkembangan yang sangat positif ini.

Mak ada satu lagi sesi rawatan kimo bulan depan. Mudah-mudahan mak akan cepat sembuh.

Cepatlah sembuh, mak. We all love you very much!

Untuk Ab, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi mak.

Mari terus doakan mak! :)

Monday, February 27, 2012

Darmawisata - Melaka

*Ini adalah entry jela-jela. Kalau kau ada penyakit batu karang, eloklah kau berenti kejap-kejap. Jangan tahan-tahan kencing itu.


Salam Melaka,

Pada suatu hari cuti Thaipusam, ada satu keluarga datang berjalan-jalan ke Melaka. Keluarga itu ialah keluarga Pida.

Pida beserta anak-anak dan bapa mereka juga disertai makcik kepada anak-anak Pida merangkap adik ipar suami Pida iaitu adik Pida bertolak dari rumah pada pukul 9 pagi waktu Australia Barat.

Kami pergi menaiki Waja yang gagah. Setelah menikmati sarapan di restoran, kami pun meneruskan perjalanan ke Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau. Perjalanan mengambil masa sejam lebih, itu sebab suami bawak 100km/j, kalau bawak 200km/j hanya mengambil masa setengah jam. Giler kau... Waja Pida tu paling laju pun 150 je, bukan dia tak boleh lari lebih laju, tapi Pida takut mati eksiden. Giler kau nak bagi laki kawin lagi. Aku rela jadi hantu kalau dia kawin lagi. Nanti aku cekik-cekik bini baru dia kemudian baru aku cekik dia.


Sumpah datok, saya bawak pelan je, sebab saya ingat orang yang tersayang.



Kami keluar di exit Tol Ayer Keroh. Setelah membayar tol, Waja pun dengan penuh eksyennya meluncur laju menuju ke destinasi utama kami.






Pintu gerbang yang menyambut kedatangan pengunjung.



Destinasi Pida.


Ye, sebenarnya tujuan sebenar kami sekeluarga ke Melaka adalah untuk menemani mak Pida menjalani rawatan kimo untuk kali ketiga di Hospital Pantai Ayer Keroh. Kami sekadar menemani mak supaya mak tak rasa boring kat hospital tu.



Kami bergossip dulu sementara tunggu mak selesai rawatan kimo. Lepas gossip kami membaca tasbih kifarah.


Bila tengok sorang-sorang pesakit yang keluar dari wad kimo tu, rasa sedih pulak. Lagi-lagi bila nampak budak kecik, aduh... sedihnya. Bersyukurlah bahawa kita sihat walafiat. Insaf weh...

Alhamdulillah, mak kelihatan begitu baik sekali selepas rawatan. Mak nampak sihat, kuat dan ceria. Lalu kami pun mengajak mak makan. (Kebetulan mak tengah berselera, jadi kami pun layan!)

Kami menuju je Jusco yang terletak tak jauh dari spital tu. Jauh sebab kena buat u-turn. Kalau terus je memang dekat tapi terpaksa langgar kereta orang la sebab menentang arus.



Sufi si ekzema yang tidak betah duduk di kerusinya.



Pida makan nasi ayam. Tak sedap.



♪♫Makan ramai-ramai bayar sorang-sorang, makan ramai-ramai aku bayar sorang-sorang...♫♪




Mak makan bubur sup. Nampak sedap.




Rania makan lamb chop. Sangat tak sedap. Ada ke coleslaw panas... orang sejuk.




Pida panel penilai rasa. Tu yang tau itu sedap, ini tak sedap, sana tawar, situ masin... Kaunampak tak si Sufi tu asik nak berdukung je. Budak kalau ngempeng ginilah. Bila Pida turunkan, dia pergi lipat kaki dia. Habis tu nak berdiri macam mana? Last-last bergendong ke sana ke mari.




Ab, ehem-ehem, mak dan ehem-ehem. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 1-800-00-ehem (3436).





Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Sampai terkengkang-kengkang aku jalan sebab senang hati.





Kami lalu di sebelah kedai emas. Rania kecewa sebab duit simpanan dia masih belum cukup untuk membeli rantai emas yang dipamerkan tu. Duit dia baru ada RM4.50.




Selepas masing-masing sendawa atas dan bawah, kami pun bergerak menuju ke... eh tak plan lagi nak ke mana.

"Nak ke mana kita?" tanya mak.

"Nak tengok kapal selam kat Klebang!" jawab Sufi dalam pelatnya. Ok, Pida memang suka bohong pembaca. Sebenarnya yang jawab nak tengok kapal selam tu ialah Pida sendiri.

"Eh, Malaysia ada kapal selam ke?" tanya Zizi, adik Pida. Dia belum kahwin. Cun. Sila, sila!

"Eh, Scorpene tu ke?" soal Rania sambil membetulkan bulu matanya.

"Bukan, bukan! Ni kapal selam yang nak dijadikan muzium tu! Kapal selam rosak letak kat darat," terang Pida bersungguh-sungguh dengan gaya tangan berpidato.

"Oh, yang itu masih dalam proses pembikinan mak!" jelas Aqil.

"Ooooo.....," balas kami beramai-ramai secara koir.

"Jadi, nak ke mana sekarang?" tanya bapa Pida.



Masing-masing kebingungan tak tau arah tuju. Last-last Aqil yang kena marah.




Dah lepas marah Aqil pun masih tak tau nak ke mana. Last-last kitorang pasrah je. Berdoa semoga Allah menunjukkan jalan kebenaran.





Inilah jalan kebenaran itu, mungkin. Taman Buaya.



Di pintu masuk Taman Buaya ni, ada seekor buaya yang telah diawetkan. Besar giler buaya ni kau! Buaya ni ditangkap di Taiping. Pida rasa dalam 4 meter kot panjang dia. Lupa nak ukur hari tu.




Fuh, dah lama Pida tak jejak kaki ke Taman Buaya ni. Kali terakhir pukul 7.52 pagi tadi. Eh, tu dialog iklan Niquitin. Kali terakhir Pida masuk sini ialah kira-kira 20 tahun yang lepas, masa tu ikut rombongan sekolah. Naik bas panjang sebab bas pendek tak muat.



Tugu 1Malaysia menyambut kedatangan pengunjung ke Taman Buaya. Kau jangan bimbang, selagi asasnya kukuh, tugu ni takkan tumbang sampai bila-bila.



Waaahh! Banyak betul perubahan di Taman Buaya ni. Buayanya pun dah besar panjang, ntah diorang kenal Pida lagi ntah tidak. Sampai hati kau buaya, memang kau dasar buaya!




Memang la aku buaya... kalau tak takkan diorang panggil aku buaya, biawak! Eh, dikatanya Pida biawak pulak.


Tapi ada satu yang tak berubah iaitu Rumah Hantu. Kekal lagi rupanya sampai sekarang. Tapi kekal-kekal dia pun tak berani aku nak masuk situ. Pida ni kan penakut. Walaupun itu hantu olok-olok, tapi Pida bayangkan dia hantu betul. Takut kalau hantu tu main rubber-rubber dengan pengunjung.

Oh ya, dulu kalau tak silap ada rumah sesat (macam labyrinth), sekarang dah takde kot. Dia ganti dengan Keretapi Raksasa.



Keluarga yang kebingungan sekali lagi sama ada nak masuk atau tidak. Kalau masuk takut menyesal, kalau tak masuk pun takut menyesal. Kau nak menyesal yang mana? Baik menyesal masuk.



Keretapi Raksasa ni sesuai untuk budak-budak je... bukannya ada apa sangat pun. Tiket RM3 sorang. Mahal dowh... Masuk terowong gelap, pastu kiri kanan ada raksasa sergah. Opocot mak kau terkentut! Gitulah makcik belakang Pida tu melatah bila raksasa tanjatkan dia.



Opocot! Lagi sekali kau sergah aku, aku tampor kau!




Ni lagi sekor ni. Kau tak tau ke aku ni ada penyakit darah rendah!


Lepas terperanjat-terperanjat oleh raksasa, kami pun keluar dan meneruskan perjalanan sehinggalah sampai ke...


...taman tema air! Wah, sekarang dah ada tempat mandi la. Budak-budak apa lagi... terus terjun tanpa memikirkan ada ke tak dia bawak baju salin.




Aqil ni memang budak bertuah. Pandai dia psiko Pida mintak belikan pelampung. Kalau pelampung biasa yang bulat tu takpe jugak, ini dia mintak yang kura-kura tu. Mahal kau! RM22 hengget melayang. Itu pun minta kurang tiga ringgit. Kau tengok la tu, kemain girang kau ye Aqil, aku cubit peha kau tu kang.




Dah tu yang kau pegi berlagak dengan kakak kau tu sapa suruh? Dah Nia kata Pida tak sayangkan dia la, pilih kasih la, nak suruh dia lemas la...






Last-last Nia merajuk. Aqil tak bagi langsung Nia sentuh pelampung dia tu. Aku bagi pelempang jugak budak Aqil ni kang.




Natijahnya, Nia berlalu membawa rajuk di hati lantas pergi ke tengah samudera untuk menjadi ikan duyung jadian.




Aqil pulak Pida denda dia suruh masuk bawah cendawan hujan tu biar dia main kat situ sorang-sorang. Eh, sempat jeling Pida lagi tu!




Akhirnya Nia berjaya mendapat pelampung asli iaitu kaki Mamaneh (panggilan anak-anak Pida kepada neneknya). Aqil? Kau tengok ada dia kesah?




Nia dilayan sungguh istimewa oleh Mamaneh. Sampai basah kuyup Mamaneh dibuatnya.














Sufi menunjukkan isyarat "Air, bawa saya ke air."



Si kecik ni pun nak mandi jugak. Pandai dia bukak baju dan seluar sendiri. Biarlah dia mandi dengan Tia dia, Pida tak nak masuk, nanti basah lencun aku. Dahlah tak bawak baju spare.



Haha! Last-last Aqil kena jadi supir adik dia.














Hari mendung tapi kitorang belasah je. Tapi nasib baik tak hujan lebat. Hujan rintik-rintik je atau nama saintifiknya gerimis.




Yang tak mandi duduk diam-diam bawah pokok skodeng orang lain mandi. Eh, tadi gambor ni elok je... ah kau pandai-pandai la terbalikkan monitor kau tu.




Gelongsor air pun ada. Pucat lesi muka lepas tersembam ke dalam air.


Citt! Last-last aku kena terjun jugak.. demi nak melayan anak-anak.




Akhirnya lepas sejam lebih berendam, budak-budak pun dengan rela hati naik dan MENYARUNG TSHIRT BARU YANG PIDA BELI DI GERAI BERHAMPIRAN. TAK PASAL-PASAL BELI BAJU DAN TUALA MANDI.



Sesudah mandi, kami pun meneruskan penjelajahan yang tertangguh tadi gara-gara terjebak di taman air. Kami jalan-jalan tengok buaya yang ada.

Tapi sebelum bertengok buaya (bertengok?), budak-budak yang bertiga ni menggembleng tenaga memujuk ibu bapa mereka naik keretapi. Naik lagi!



Dapat tak kaubayangkan perasaan Pida naik permainan khas untuk budak 12 tahun ke bawah? Satu kepala dua ringgit, empat kepala dah jadi lapan ringgit, tapi ikut kepala aku, aku bayar enam ringgit je kat apek tu.



Pida sedang membawa anak-anak ini mengikut landasan yang betul.


Lepas naik keretapi kuning tu, kami meneruskan aktiviti jalan-jalan melihat para buaya.


Buaya sedang bersantai. Seronoknya jadi buaya... tak payah pikir nak renew roadtax tiap-tiap tahun.



Buaya yang satu ni tengah tido. Tengok mata dia pejam rapat-rapat tu. Tapi sebenarnya dia tengah berpikir malam nanti dia makan apa. Makan ayam ke makan orang.




Ini adalah demonstrasi untuk melihat setangkas mana buaya bertindak balas ke atas rangsangan atau ancaman yang dihadapi. Memang sangat tangkas. Tu pasal la bila buaya melibas mangsanya, memang waalaikumsalam la...



Bila abang buaya tu cucuk dengan kayu, buaya tu terus melibas ekornya dan berpusing untuk mencari mangsa yang mengacau dia tadi. Sebijik macam yang kautengok dalam National Geographic.




Buaya bongkok. Haa... sembunyikan vcd yea....




Buaya kontot. Buaya ni BKU (buaya kurang upaya). Dia takde ekor. Kesian dia tak dapat melibas.




Buaya kudung. Kehilangan sebelah kaki dalam satu pergaduhan dengan taiko buaya yang lain.



Abang-abang buaya di situ sangat baik dan peramah. Mereka offer kami bergambar dengan buaya pada harga RM5 sahaja untuk unlimited snap. Kau nak tangkap seribu keping pun takpe. Tapi tawaran tu hanya untuk kami je, hari itu je.



Tahap retis je boleh tangkap gambar dengan buaya ni. Kami pun apa lagi... bergambar je la... Elleh setakat anak buaya yang dah diikat mulut tu takde halnya bro... Opocot kau buaya bergerak! Eh, melatah pulak aku ni.




Rania meneliti gigi buaya sambil diperhatikan oleh Aqil. Pida takde la nak pegang benda-benda macam ni. Baik aku pegang janggut laki aku.




Budak ni tengah pegang telur buaya. Dalam telur tu ada anak buaya. Ofkos la, takkan dalam telur buaya ada anak orang pulak kan? Sapa pulak yang buat keje tu kan? Pida takde la nak pegang telur buaya ni. Baik aku pegang telur ayam. (*edited version kikiki)



Lepas puas tengok buaya, kami masuk ke taman burung di situ.


Burung ni cantik sangat. Namanya bukan serindit, bukan juga nuri. Namanya ialah Pida lupa.



Burung ni pun cantik juga. Warna-warni. Jinak. Tak takut dengan orang. Dia takut Allah je.




Anak itik tokyi mandi dalam kolam, sakit apa tokyi sakit sendi tulang...





Kat Taman Buaya ni dah ada Miniature Malaysia. Menempatkan replika mini bangunan/binaan/landmark yang menjadi ikon negara kita. Antaranya ialah bangunan KLCC, ...



...Istana Keadilan, Menara KL, ...




...Masjid Negara, Jambatan Pulau Pinang, Bangunan Parlimen, Kota A'Famosa, Bangunan Stadhuys ...




...Bangunan Putra Perdana,...




... dan Tugu Negara.



Oh ya, dulu di Air Hitam Johor, ada satu tempat nama dia Tropical Village yang mempunyai replika keajaiban dunia seperti Taj Mahal, Tembok Besar China dan banyak lagi. Tapi sekarang macam dah tak de je. Tak taulah apa jadi dengan Tropical Village tu.



Aqil menyuapkan jajan ke mulut Sufi. Pida ada gambar serupa ini semasa kecil, abang Pida suapkan Pida, gaya macam inilah. Masa ni Sufi tak pakai seluar sebab basah kena kencing, diaper pulak tertinggal kat dalam kereta. Last-last balut je dengan tuala kecik. Itu pun tak sampai ke depan.



Kitorang duduk-duduk dulu sebelum berdiri.



Menjelang petang, kami pun bersiap untuk balik. Pida ke utara, mak ke selatan. Tapi sebelum tu kami singgah lepak di wakaf R&R Ayer Keroh.



Waja minta direhatkan sebentar. No problem sayang, kau dah bawak Pida jalan-jalan kan, sekarang kau rehat dulu ye. Eh, kau punya roadtax mati bila ha Waja?



Tiga menara yang terdapat di R&R Ayer Keroh.



Tempat lepak kitorang. Suasanya nyaman, sunyi, indah pemandangan.



Tokyi mengeluarkan buah durian, rambutan dan pulasan. Rambutan dan pulasan tu ditanam sendiri oleh bapa Pida di dusun kami. ps: Gambar buah tak sempat dirakam sebab telah diserbu dengan rakusnya terlebih dahulu.



Cucu-cucu yang merasai buah yang ditanam oleh datuk mereka. Sufi memakai topi yang dijumpai di wakaf tempat kami lepak tu.




Suasana di hentian ini sungguh nyaman dan damai. Hanya kami yang berada di sini. Jadi tempat ini kamilah yang punya.

Selepas kira-kira sejam berehat di hentian ini, tibalah saat yang tidak ditunggu-tunggu iaitu pulang...

Sedihnya nak balik tinggalkan mak dan Ab. Entah bilalah dapat ketemu lagi.

Sebelum balik, sempat juga Ab membawakan berkat buah untuk kami bawa pulang. Terima kasih Ab... Banyak giler. Tak terabis makan sorang. Last-last bagi jiran-jiran. Bagi dengan semut-semutnya sekali.



Wah wah wah! Suruh tanam tak nak, suruh bawak berkat kau la nombor satu. Hihihi...
 


Habislah sudah darma wisata kami di negeri Hang Tuah. Seronok kerana dapat memberikan sokongan moral dan kasih sayang kepada mak. Seronok juga kerana dapat menggembirakan anak-anak. Paling seronok kerana dapat banyak buah rambutan dan pulasan. Tak sia-sia Ab tanam dulu. Manis sangat rasanya.


Sayang mak!



Purnama yang menemani perjalanan pulang kami ke rumah.


Sesampai di rumah, Aqil sibuk nak main pelampung kura-kura dia tu. Rupanya pelampung tu dah bocor. Aduh, macam tak berbaloi je Pida rasa.




Aktiviti permainan geliat-geliat lidah (tongue twist)  :  Cuba kausebut 'buaya biawak buaya biawak buaya biawak' laju-laju. Tergeliat tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...