Wednesday, November 7, 2012

Rumah dia murah rumah aku mahal

Salam rumah,

Semalam Pida baru balik dari Ipoh kerana bermesyuarat di sana. Akhir-akhir tahun ni memang kena pergi mesyuarat di sana sini. Sebab nak kutip laporan semua projek yang berjalan sepanjang tahun 2012 ni. Paling penting semua bayaran dah dilunaskan untuk mengelakkan AP58(a).

Di Ipoh, Pida menumpang teduh di rumah member comolot Pida. Dia ni kawan baik Pida. Kawan baik sangat-sangat. Segala rahsia rumahtangga kami tak kongsi bersama-sama. Kawan Pida ni nama dia Siti tapi oleh kerana nak jimat, Pida panggil dia Sit aje.

Sit selalu komplen kalau dia berada dengan Pida, urat pipi dia selalu putus sebab asyik gelak je. Dia kata Pida ni pak lawak. Pida pun tak paham tang mana lawaknya Pida ni. Kadang-kadang Pida tengok dia aje dia dah ketawa terbahak-bahak. Adakah Pida ini terlalu kelakar?

Dialah juga yang selalu beria-ia suruh Pida masuk Raja Lawak. Aku tau la Sit, ko nak aku masuk Raja Lawak sebab ko nak tengok aku tersingkir kan? Busuk ati la ko...

Baiklah, berbalik pada cerita Pida tadi. Pida tidur di rumah dia. Pida memang dah tau dia baru pindah ke rumah sendiri. Dan Pida memang tau rumah dia bukan calang-calang rumah tau, rumah dia rumah banglo sebijik tau!

Sebaik sampai di rumah Sit, Pida terpegun melihat rumahnya. Sangat besar hokey! Dan sangat cantik! Bila masuk ke dalam lagi teruja Pida dibuatnya. Cantik sangat. Syukeee!!!

Jadi sebagai minah kepoh yang berpotensi besar, Pida pun bertanya la tentang rumah dia ni; siapa buat, bila mula, bila siap, siapa design dan akhir sekali soalan yang wajib, berapa juta harga rumah ni? Serius aku terus tanya berapa juta je.

Sit terbahak-bahak ketawa bila Pida tanya berapa juta. Dia kata dia beli tanah lot banglo dan bina rumah ni kos tak sampai RM250 ribu!

Hah? Biar betik ko Sit! Takkan la banglo besar gaban macam ni tak sampai suku juta ringgit? Ko jangan la merendah diri sangat Sit.

Dia kata betul, harga rumah termasuk tanah tak sampai RM250 ribu. Perghhh... Pida dah terduduk kat sofa empuk dia tu. Lepas tu Pida bandingkan dengan harga rumah Pida yang terletak di pinggir KL dekat-dekat Putrajaya/Cyberjaya.

Di tempat Pida pada tahun 2008, rumah teres dua tingkat second hand bahagian tengah (bukan corner atau end lot) dijual pada harga lebih RM250 ribu. Sekarang tahun 2012, rumah yang sama sudah bernilai RM350 ribu.

Itu harga rumah second hand. Kalau rumah baru, harga dibuka mulai RM350 ribu ke atas. Kalau corner lot, mencecah setengah juta. Sekarang trend rumah 3 tingkat, harga mencecah sejuta and the best part is, each unit is SOLD OUT!

Itu nilai hartanah di tempat Pida. Harga hartanah di Ulu Kinta masih jauh lebih rendah. Kalau Pida duduk di sana pun Pida boleh miliki banglo macam Sit sebab gaji kami sama saja. Tapi Pida cuma mampu beli rumah teres dua tingkat bukan baharu di tempat Pida ini.

Namun Pida tak kisah sama sekali. Ini soal rezeki. Rezeki Pida di sini, rezeki Sit di sana. Pida bersyukur sebab Pida sudah memiliki rumah sendiri di kawasan yang baik dari segi kejiranan, warga penduduk sekitar, kemudahan yang lebih daripada cukup dan yang paling penting, tempat Pida aman damai. Alhamdulillah.

Oh ye, entry kali ini adalah mengenai nilai hartanah di Malaysia tetapi di negeri yang berbeza. Masih jauh jurang perbezaan harga rumah dan tanah mengikut kawasan. Sepatutnya harga rumah dikawal ketat supaya pemaju tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga rumah atas alasan faktor kawasan emas atau bukan.

Contohnya di tempat Pida ini, jangan haraplah nak jumpa projek rumah setingkat atau apartment lagi. Semua berlumba-lumba nak bina rumah mewah, rumah tiga tingkat. Mereka yang tak mampu terpaksalah gigit jari atau terpaksalah beli rumah ke selatan sikit macam kat Nilai atau Seremban. Itupun harga dah mula naik.

Rumah adalah keperluan asas. Tapi kalau dah harga mencecah ratus-ratus ribu dan di luar kemampuan, memang kempunan dibuatnya. Hai nasib badan...


Kalau banglo macam ni kat tempat Pida, maunya harga RM5 juta! Kredit : www.virtualmalaysia.com


7 comments:

  1. rumah oh rumah..
    Sy pun tgh pening ni kak pida..
    Rumah melaka & kl sangatttttlah jauh bezanya..
    Nk byr sewa rumah sebulan di kl pun dh mcm hrga nk byr sebulan utk beli rumah sebijik kat mlk ni..

    Syg nya nk tgglkan mlk ni.. :(

    ReplyDelete
  2. Hmm tulah... cikCT kena fikir dalam-dalam. Yang penting kena berada di samping suami ok!

    ReplyDelete
  3. Seramnya dengan harga rumah sekarang. Adakah anak-anak kita nanti mampu untuk membelinya? Harganya yg kian meningkat dan meningkat, menjejaskan org2 yg berpendapatan kecil dn sederhana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan cikgu. Kesian orang-orang yang berpendapatan rendah. Hampir tak mampu untuk memiliki rumah sendiri.

      Delete
  4. alaaaa...mahalnyee umah...mintak2laa ak mmpu beli..dh laa ak nk umah beso n cntikjee..huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksalah ko duduk kat rumah ran.

      Delete
  5. Di Perak, rumah masih murah. Still boleh beli tanah lot dengan harga yang murah. Cuma economy di Perak agak kurang sedikit ie pendapatan sedikit kurang. KL adalah tempat yg bagus untuk mencari rezeki cuma kos sara hidup yg tinggi. Dan kehidupan yg sesak nafas. Pada pandangan saya, selepas pencen, boleh pergi tinggal di luar bandar.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...